BATTLE OF SEVEN SIDES​

SYARAT PERTANDINGAN
MMA
PERATURAN KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN TERBUKA KVBP KEBANGSAAN
“THE BATTLE OF SEVEN SIDES” 2017
MEREBUT
PIALA PUSINGAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SRI GADING
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Nama Kejohanan
Kejohanan ini dikenali sebagai “THE BATTLE OF SEVEN SIDE’S” atau singkatannya BP BOSS dan terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut
1.1.1 Kategori Bawah 17 Tahun
1.1.2 Kategori Bawah 19 Tahun
1.2 Pengelolaan
Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit Sukan Dan Kokurikulum Kolej Vokasional Batu Pahat dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Kolej (MPK) Kolej Vokasional Batu Pahat dan Sekreteriat Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Sri Gading.
2.0 PERATURAN KEJOHANAN
“THE BATTLE OF SEVEN SIDE’S” menggunapakai Undang-undang Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB) ‘ Laws of The Game Rugby Union 2008’ serta menggunapakai peraturan terbaru ‘Experimental Law Variation (ELV)’ yang telah dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia dan digunapakai oleh Kesatuan Ragbi Johor dimana peraturan-peraturan ini telah dikemaskinikan oleh pihak penganjur.
3.0 KELAYAKAN PASUKAN
3.1 Kejohanan ini terbuka kepada mana-mana pasukan sama ada mewakili sekolah, kolej vokasional, institusi pengajian mahupun kelab dan memenuhi syarat dan peraturan yang termaktub.
3.2 Hanya 40 pasukan bagi kedua-dua kategori yang telah membuat PERMOHONAN ONLINE PENYERTAAN kepada penganjur dan telah dipilih oleh jawatankuasa penganjuran (melepasi saringan pemilihan oleh jawatankuasa penganjuran) layak menyertai kejohanan ini manakala pasukan selebihnya akan disenaraikan dalam senarai menunggu.
3.3 40 Pasukan yang telah diumumkan oleh penganjur (bagi kedua-dua kategori) hendaklah melakukan pembayaran pendahuluan yuran sebanyak RM200.00 mengikut masa yang ditetapkan oleh penganjur layak menyertai kejohanan ini. Pasukan yang gagal membuat pengesahan berserta pendahuluan yuran pada tarikh yang ditetapkan akan digugurkan dari senarai dan slot tersebut akan diganti dengan pasukan lain yang berada dalam senarai menunggu.
3.4 Setiap pasukan yang bermain hendaklah memastikan pemain-pemain yang didaftarkan memenuhi syarat kelayakan para 4.0 dan meemastikan pemain-pemainnya dilindungi oleh insurans sebagai langkah keselamatan.
4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Tiap-tiap pasukan bagi setiap kategori dibeenarkan mendaftar tidak lebih daripada DUA BELAS (12) pemain. (7 pemain utama dan 5 pemain simpanan)
4.2 Setiap pemain yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili mana-mana pasukan dan pendaftaran pemain boleh dilakukan secara online ke dalam sistem yang ditentukan oleh penganjur dan sebarang perubahan pemain boleh dilakukan di meja pendaftaran pada hari pertama kejohanan secara manual.
4.3 Pemain yang didaftarkan hanya boleh didaftarkan untuk bermain bagi SATU (1) PASUKAN SAHAJA.
4.4 Berikut merupakan kriteria kelayakan pemain mengikut kategori :
4.4.1 Kategori Bawah 17 Tahun
a) Pemain yang LAYAK bermain adalah pemain yang dilahirkan pada tahun 2000 ke atas. Pemain yang dilahirkan pada tahun 1999 ke bawah TIDAK LAYAK menyertai kategori ini.
b) Setiap pasukan hendaklah menyediakan SALINAN KAD PENGENALAN pemain yang disahkan sebagai bukti umur pemain.
c) Sekiranya pasukan yang diwakili adalah sekolah/institusi pengajian, maka pemain perlulah terdiri daripada PELAJAR BERDAFTAR di sekolah/institusi berkenaan. Pengurus pasukan perlulah menyediakan dokumen bukti pendaftaran pelajar berkenaan sama ada dalam bentuk SALINAN KAD MATRIK PENGAJIAN, SALINAN BUKU PENDAFTARAN KEHADIRAN MAHUPUN DOKUMEN PENGESAHAN RASMI DARIPADA SEKOLAH/INSTITUSI yang diwakili dan diserahkan di kaunter pendaftaran pada hari pertama kejohanan.
d) Salinan kad pengenalan dan borang kebenaran ibubapa / penjaga hendaklah diserahkan kepada urusetia di meja pendaftaran semasa pendaftaran dibuat pada hari pertama kejohanan.
4.4.2 Kategori Bawah 19 Tahun
a) Pemain yang LAYAK bermain adalah pemain yang dilahirkan pada tahun 1998 ke atas. Pemain yang dilahirkan pada tahun 1997 ke bawah TIDAK LAYAK bermain bagi kategori ini.
b) Sekiranya pasukan yang diwakili adalah sekolah/institusi pengajian, maka pemain perlulah terdiri daripada PELAJAR BERDAFTAR di sekolah/institusi berkenaan. Pengurus pasukan perlulah menyediakan dokumen bukti pendaftaran pelajar berkenaan sama ada dalam bentuk SALINAN KAD MATRIK PENGAJIAN, SALINAN BUKU PENDAFTARAN KEHADIRAN MAHUPUN DOKUMEN PENGESAHAN RASMI DARIPADA SEKOLAH/INSTITUSI yang diwakili dan diserahkan di kaunter pendaftaran pada hari pertama kejohanan.
c) Sekiranya pemain bermain bagi pasukan yang didaftarkan atas nama kelab alumni (bekas pelajar), pengurus pasukan perlulah menyediakan salinan dokumen pengesahan sama ada dalam bentuk SALINAN SURAT BERHENTI/SURAT TAMAT PENGAJIAN ATAU DOKUMEN PENGESAHAN RASMI INSTITUSI DARIPADA INSTITUSI YANG DIWAKILI sebagai bukti pemain berkenaan adalah alumni institusi berkenaan.
d) Setiap pasukan hendaklah menyediakan SALINAN KAD PENGENALAN pemain yang disahkan sebagai bukti umur pemain dan diserahkan di meja pendaftaran ketika pendaftaran dibuat pada hari pertama kejohanan.
4.5 Pemain-pemain yang memenuhi kriteria disebutkan adalah dibenarkan untuk didaftarkan KECUALI :
4.5.1 Pemain berkenaan pernah bermain sebagai pemain utama/simpanan bagi mana-mana pasukan dalam kejohanan liga ragbi kebangsaan (super league).
4.5.2 Pemain berkenaan pernah bermain sebagai pemain utama/simpanan bagi mana-mana pasukan negeri dalam SUKMA mahupun Piala Agung Kebangsaan.
4.5.3 Pemain berkenaan pernah bermain sebagai pemain utama/simpanan bagi skuad kebangsaan dalam mana-mana kejohanan dalam mahupun luar negara.
4.6 Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini boleh dibatalkan penyertaannya.
5.0 YURAN PENYERTAAN
5.1 Yuran penyertaan yang dikenakan bagi satu pasukan/kategori adalah sebanyak RM350.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS LIMA PULUH SAHAJA). Bayaran pendahuluan sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS SAHAJA) hendaklah dibuat mengikut tempoh masa yang ditentukan oleh penganjur kejohanan.
5.2 Yuran penyertaan/pendahuluan tidak akan dikembalikan kepada pasukan yang menarik diri dari kejohanan atau kepada pasukan yang dibatalkan penyertaan kerana melanggar syarat kejohanan.
5.3 Sebarang transaksi kewangan yang dibuat hendaklah dilakukan secara tunai/cek kepada penganjur atas nama :
Nama Akaun : Peratuan Ibubapa Guru SMT Batu Pahat
No.Akaun : 010 – 3201000 - 1921
Bank : Bank Islam
*Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada penganjur menerusi whatsapp (016-7735099) atau emailkan kepada mohdsyamsulsalleh@yahoo.com.
6.0 KESELAMATAN DAN INSURANS PEMAIN
6.1 Pihak penganjur akan menyediakan petugas keceemasan sepanjang kejohanan berlangsung sebagai persediaan memastikan keselamatan dan kebajikan pemain terjaga.
6.2 Insurans setiap pasukan adalah dibawah tanggungjawab pasukan masing-masing. Sebarang kemalangan ke atas pemain tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pengelola penganjuran kejohanan.
7.0 FORMAT/SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Format/sistem pertandingan ini akan terpakai kepada kedua-dua kategori (bawah 17 dan bawah 19) yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.
7.2 Kejohanan ini dibahagikan kepada DUA (2) sistem iaitu PUSINGAN AWAL (Grouping) dan PUSINGAN KEDUA (Knock-Out).
7.2.1 Pusingan Awal (Grouping)
a) Pusingan awal akan dijalankan dalam bentuk kumpulan (grouping).
b) Terdapat EMPAT (4) kumpulan bagi pusingan awal iaitu Kump.A, Kump.B, Kump.C dan Kump.D. Setiap kumpulan terdiri dari LIMA (5) pasukan yang
ditentukan menerusi cabutan undian.
c) Setiap pasukan akan melalui EMPAT (4) perlawanan kumpulan (grouping) pada hari pertama kejohanan bagi mengumpul mata.
d) Selepas tamat kesemua perlawanan, Jawatankuasa Teknikal Kejohanan akan mengeluarkan kedudukan kedudukan 20 pasukan yang akan menentukan jadual perlawanan pusingan kedua.
e) Kedudukan pasukan selepas tamat EMPAT (4) perlawanan peringkat kumpulan akan ditentukan seperti yang dijelaskan dalam perkara 10.0.
7.2.5 Pusingan Kedua (Knock-Out Stage)
a) Pusingan kedua (knock-out) akan dijalankan pada hari kedua kejohanan dan pecahkan kepada TIGA (3) devisyen seperti berikut :
Devisyen 1 – Cup/Plate
Devisyen 2 – Bowl/Shield
Devisyen 3 – Spoon/Fork
b) Kedudukan/ranking pasukan selepas melalui pusingan awal akan menentukan devisyen pasukan bermain :
c) Jadual perlawanan bagi pusingan kedua adalah seperti berikut
8.0 PERALATAN/BOLA RASMI
8.1 Peralatan dan persiapan padang akan dikendalikan oleh Jawatakuasa Pengelola.
8.2 Bola Kejohanan dan peralatan padang untuk kegunaan kejohanan yang memenuhi spesifikasi kejohanan akan dibekalkan oleh Strike Rugby Gear.
9.0 PEMAIN GANTIAN
9.1 Pemain boleeh diganti secara “rolling sub” di mana seemua pemain boleh keluar dan masuk padang dengan kebenaran pengadil atau peembantu pengadil semasa perlawanan berlangsung.
9.2 Hanya pemain yang didaftarkan sebagai pemain pasukan sahaja dibenarkan untuk berada di kerusi pemain simpanan sepanjang perlawanan berlangsung.
10.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
10.1 Pusingan Awal :
• MENANG : 3 Mata
• SERI : 1 Mata Kalah : 0 Mata
10.1.1 Kedudukan/ranking pasukan selepas tamat pusingan awal (grouping) akan dibuat berdasarkan kepada :
• Jumlah Mata Tertinggi
• Jumlah Perbezaan Skor
• Jumlah Purata Skor
• Keputusan Perlawanan Antara Keduanya
• Pasukan yang mempunyai skor tertinggi
• Pasukan yang mempunyai jumlah bolos terendah
• Undian lambungan syiling akan dilakukan oleh urusetia pengelola bersama pengurus pasukan yang terlibat.
10.2 Pusingan Kedua (Kalah Mati)
10.2.1 Sekiranya skor akhir selepas tamat perlawanan adalah SERI maka keputusan pemenang akan ditentukan berdasarkan kaedah berikut :
• Tendangan panelti (3x).
• Tendangan panelti sudden death.
• Lambungan Syiling.
10.2.2 Bagi perlawanan AKHIR CUP sahaja, penentuan SERI akan diputuskan berdasarkan kaedah berikut :
• Tambahan Masa (Sudden Death) – 3 minit
• Tendangan Panelti (3x)
• Tendangan Panelti Sudden Death.
• Lambungan Syiling.
10.3 Masa Permainan
10.3.1 Dalam pusingan awal (peringkat kumpulan) perlawanan akan dijalankan sehala dengan masa permainan adalah selama SEPULUH (10) MINIT.
10.3.2 Bagi pusingan kedua (menang mara), masa permainan adalah seperti berikut :
• Pusingan Kelayakan Dan Separuh Akhir (Semua kategori)
- Perlawanan dijalankan secara SEHALA dengan masa permainan adalah selama 10 MINIT.
• Pusingan Akhir (Semua Kategori)
-Perlawanan dijalankan secara DUA HALA dengan masa permainan adalah 7 MINIT + 1 MINIT + 7 MINIT.
10.3.3 Permainan akan dimulakan TIDAK LEWAT daripada 10 MINIT dari masa yang ditetapkan dalam jadual dengan tidak kurang LIMA (5) pemain setiap pasukan berada dalam padang semasa perlawanan dimulakan. Jika gagal, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan memberi “walkover” dengan skor
28-0. Jika kedua-dua pasukan gagal masuk ke padang maka pengelola kejohanan akan menjadualkan semula perlawanan berkenaan.
11.0 PENGADIL PERLAWANAN
11.1 Semua pengadil perlawanan adalah dibawah pengelolaan penyelaras Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) atau Kesatuan ragbi Negeri dan keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.
11.2 Dalam apa jua situasisemasa perlawanan berlangsung pengadil adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan pegawai kejohanan akan bekerjasama memberikan nasihat kepada pegawai berdasarkan aspek keselamatan.
12.0 UNDIAN
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan tarikh untuk diadakan undian.
13.0 JADUAL PERTANDINGAN
Susunan jadual pertandingan adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
14.0 KELEWATAN
Sila rujuk perkara 8.3.
15.0 PAKAIAN
15.1 Setiap pasukan digalakkan menyediakan DUA (2) jersi yang berbeza warna.
15.2 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna, pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi.
16.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan dan keputusan adalah MUKTAMAD
Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

